Monday, May 30, 2011

Pencemaran " MAKANAN HALAL "



Umat Islam di seluruh dunia yang dianggarkan seramai 1.6 bilion memberi perhatian berat mengenai kepentingan makanan halal dalam pemakanan mereka. Berdasarkan pasaran luas makanan halal di peringkat antarabangsa, maka terdapat persaingan hebat antara negara Islam dan bukan Islam dalam pengeluaran makanan halal.

Bagaimanapun dari segi prinsip Islam, negara yang layak mengeluarkan makanan halal adalah negara Islam kerana mereka lebih memahami aspek hukum dan sentiasa mengambil berat dalam pengawalan pencemaran makanan halal.

Oleh yang demikian, langkah Malaysia berusaha menjadi pengeluar makanan halal dunia adalah selari dengan ajaran Islam. Kita amat khuatir makanan halal yang dikeluarkan oleh negara bukan Islam terdedah kepada pencemaran najis kerana mereka mempunyai kelemahan dalam infrastruktur jentera pengawalannya.

Allah mencipta manusia dan Dia sahaja yang mengetahui spesifikasi keperluan manusia termasuk dalam isu makanan. Bagi mendisiplinkan manusia dalam soal makanan, Allah mewajibkan umat Islam (yang layak) berpuasa selama satu bulan dalam bulan Ramadhan pada setiap tahun.

Demikian juga dalam pemakanan harian Allah menetapkan garis panduan halal dan haram yang merujuk kepada makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rohani dan fizikal manusia.
Berhubung dengan prinsip makanan halal ini, Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik". (Al-Baqarah, QS 2 : 168)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :

"Diharamkan kamu memakan bangkai binatang, darah yang mengalir, semua bahagian babi, binatang yang disembelih tetapi tidak menyebut nama Allah dan binatang yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh, ditanduk, binatang yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat disembelih jika masih kuat bernyawa". (Al-Maidah, QS 5 : 3)



Makanan halal ialah makanan yang bebas daripada sumber najis bermula daripada penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan. Secara ringkasnya makanan halal itu mesti bersih dan selamat untuk dimakan.

Secara prinsipnya apa yang dimaksudkan dengan makanan bernajis itu ialah makanan mengandungi mana-mana bahagian daripada bahagian babi, haiwan halal tetapi tidak disembelih dengan betul, bangkai, binatang buas, arak, darah yang mengalir dan makanan atau tumbuh-tumbuhan yang beracun. Oleh yang demikian, makanan yang bernajis ini menjadi tidak halal dimakan oleh umat Islam.

Menurut prinsip undang-undang Islam, semua makanan yang ada di dunia adalah halal dimakan kecuali yang diharamkan Allah dan RasulNya. Berdasarkan prinsip ini sebenarnya makanan halal itu banyak dan wujud dengan meluas di muka bumi. Bagaimanapun, oleh sebab industri makanan dikuasai orang bukan Islam, maka pengeluaran dan pengedaran makanan tidak halal itu melimpah di pasaran dunia lantas menenggelamkan makanan halal.

Bagi kepentingan ekonomi dan keuntungan, maka pengusaha bukan Islam mengambil kesempatan mengeluarkan juga makanan halal bagi memenuhi keperluan umat Islam.


Kemajuan pesat teknologi dalam pemprosesan dan pengeluaran makanan menyebabkan makanan halal sentiasa terdedah dengan pencemaran najis secara tidak disedari. Terdapat pelbagai bentuk pencemaran makanan halal di pasaran. Ancaman terbesar pencemaran makanan halal adalah seperti berikut:

1. Berpunca daripada penerapan makanan berasaskan haiwan seperti babi, haiwan halal yang tidak disembelih, bangkai atau darah dan arak. Daripada sumber ini mereka mencipta pula pelbagai ramuan dan bahan perisa berasaskan kulit, tulang, lemak, perut, otak, darah dan sebagainya. Bagi orang awam Islam agak sukar mengenali penerapan ramuan dan bahan perisa yang berasaskan sumber najis ini.

2. Makanan halal yang tercemar kerana tersentuh dengan penggunaan peralatan, perkakasan dan pengangkutan pengeluaran makanan yang tercemar dengan najis. Keadaan ini berlaku apabila pihak industri menggunakan peralatan dan perkakasan yang sama dalam mengeluarkan makanan halal dan tidak halal.

3. Pihak industri atau pengusaha makanan tidak mengambil berat dari segi aspek kebersihan premis, persekitaran dan kesihatan pekerja. Terdapat sebahagian pengusaha melalaikan isu kebersihan kerana menganggap tidak termasuk dalam piawaian halal. Sebenarnya makanan menjadi tidak halal jika didapati kekotoran boleh mengancam keselamatan makanan dan memudaratkan pengguna.


Sebagai panduan pengguna Islam dalam pemilihan makanan halal, maka pengguna perlu mematuhi peraturan berikut :

1. Pastikan ada sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam di negara ini.
2. Mengelak membeli produk yang dihasilkan dari luar negara yang berasaskan daging jika meragui status halalnya.
3. Jangan mudah tertipu dengan penggunaan logo halal yang dibuat sendiri oleh pengeluar kerana tiada pihak berkelayakan mengesahkan status halal makanan tersebut.
4. Menghubungi pihak berkuasa agama untuk mendapat maklumat lanjut berhubung isu halal dan haram dalam makanan dan barangan gunaan Islam yang lain.
5. Jika ingin membeli daging ayam yang dijual di pasar, pastikan ayam disembelih dengan betul atau minta sebarang maklumat daripada penjual sumber ayam yang diproses itu. Jika ragu-ragu makan jangan dinasihatkan jangan membelinya. Bagaimanapun status daging import dijamin halal kerana kerajaan telah menjalankan pemeriksaan yang teliti dengan kerjasama badan Islam luar negara yang diiktiraf kerajaan.


Isu pencemaran makanan halal dengan najis adalah isu sensitif kepada pengguna Islam kerana hal ini melibatkan kesucian agama Islam. Berdasarkan pemerhatian, pihak industri makanan halal di negara ini amat menyedari sensitiviti mengenai isu makanan halal. Oleh sebab itu bagi menjamin kualiti makanan halal, pihak industri cenderung mendapatkan pengesahan halal yang dikeluarkan kerajaan dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan sebarang logo halal.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) mengamalkan prosedur pemeriksaan halal ketat bagi menentukan pengeluaran makanan halal memenuhi standard halal yang ditetapkan.

Langkah ini amat wajar sebagai usaha menjaga imej Islam dan mengekalkan pretasi keyakinan tinggi umat Islam terhadap produk makanan halal yang dikeluarkan di negara ini. JAKIM, JAIN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Kesihatan sebagai jentera pengawalan pencemaran makanan halal seharusnya terus memperhebatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara meluas dan berterusan. Hal ini bagi memastikan syarikat industri yang terlibat dan pengusaha makanan halal mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.


Allahua'lam.

Tuesday, May 24, 2011

RESEPI ROTI PUTIH / ROTI BATA




Bahan-bahan ( 12-14 keping )

  1. 1 cawan air, suhu bilik
  2. 1 sk garam
  3. 1 sb madu
  4. 3 cawan tepung serbaguna @ tepung gandum
  5. 1/4 cawan susu tepung
  6. 2 sk gula
  7. 1 1/2 sk yis
  8. 3 sb margarine
sb- sudu besar

Cara-cara

a) Guna breadmaker
  1. Campur semua bahan ke dalam breadmaker.
  2. Bila siap, keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk keluarkan angin. Bentukkan bentuk roti loaf, letak dalam loaf pan.
  3. Biarkan naik 2 kali ganda lebih kurang 40 min.
  4. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada bahagian tengah, 175C selama 25-30min.
  5. Sejukkan atas redai sebelum dipotong.

b) Guna mixer atau Uli dengan Tangan
  1. Dalam bekas, masukkan tepung gandum, gula, yis, susu tepung, margarine, dan madu dan kacau sebati. Pastu baru masukkan garam.
  2. Buat lubang ditengah-tengah dan tuangkan air ke dalam adunan.
  3. Uli sampai doh tak melekat di tangan/dinding bekas (tambah tepung kalau perlu sebab lain tepung lain kuantiti serapan air) dalam 8-10 min.
  4. Keluarkan doh dari bekas, uli sikit atas papan pencanai bersama sedikit tepung sampai doh jadi elastik. Perapkan doh sejam hingga naik 2kali ganda.
  5. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin, bentukkan bentuk loaf dan letak dalam bekas dilengser margarine. Perap 40min sampai naik 2kali ganda.
  6. Bakar pada oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 175C untuk 25-30min atau sampai warna atas keperangan.
  7. Sejukkan atas redai (ku sapu margarine sikit bagi kekal lembut).
Selamat mencuba

Monday, May 16, 2011

CARA MEMOHON SIJIL HALAL NEGERI

Pengenalan

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (]HEAT) adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan dan Logo Halal kepada pengusaha produk makanan dan barang gunaan orang Islam, premis makanan dan rumah sembelih setelah memenuhi keperluan yang ditetapkan di dalam Negeri Terengganu.
Pengeluaran Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Malaysian Standard (MS) 1500:2004 Makanan Halal - Pengeluaran, Pengendalilan dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kategori pengesahan Halal ialah :
3.1. Produk Makanan dan Barang Gunaan.
3.2. Premis Makanan dan Minuman.
3.3. Rumah Sembelih.
Pemohon Yang Layak

Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal adalah seperti berikut:
1.1. Pengeluar, Pengilang Produk ( Producer/ Manufacturer ).
1.2. Pengedar/Penjual ( Distributor/Trader ).
1.3. Pengeluar sub-kontrak ( Sub-contract manufacturer ).
1.4. Pengusaha Pembungkusan Semula ( Repacking ).
1.5. Premis Makanan ( Food Premise) .
1.6. Rumah Sembelih (A battoir/Slaughter House ).
Pemohon Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran tempatan hendaklah memohon terus kepada ]HEAT.
Pemohon Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon terus kepada JAKIM.
Syarat- Syarat Memohon

Syarikat Pengeluar/Rumah Sembelih/Premis Makanan.
Syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Mempunyai sekurang- kurangnya 2 orang pekerja Islam di bahagian pengeluaran.
Pengeluar/Pengilang/Syarikat hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
Mempunyai sijil tauliah penyembelih yang masih sah bagi penyembelih dan ' checker '.
Tidak menjual minuman keras atau benda-benda yang diharamkan bagi proses makanan.
Produk
Produk bukan diharamkan oleh Islam.
Produk dikilangkan di Terengganu sahaja.
Produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti pemprosesan.
Produk tambahan khasiat makanan perlu mendapat surat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.
Bukan ubat ubatan/produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bagi mereka yang ingin memohon Sijil Pengesahan Halal JHEAT, permohonan bolehlah melengkapkan borang secara manual yang boleh didapati di alamat berikut :
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Kompleks Seri Iman
]alan Sultan Mohamad
20676 Kuala Terengganu (u.p : Bahagian Penyelidikan)
No. Tel : 09-6252525 ext 2106/2110
No. Fax : 09-6235135

Dokumen Yang Perlu Disertakan

Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut :

  1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat yang disahkan.
  2. Salinan lesen operasi dari Pihak Berkuasa Tempatan yang disahkan.
  3. Salinan Penyata Kewangan syarikat tahun sebelumnya.
  4. Salinan kad pengenalan 2 ( dua ) orang pekerja tetap beragama Islam warganegara Malaysia serta surat perlantikan sebagai pekerja di syarikat berkenaan.
  5. Salinan sijil halal bagi ramuan yang digunakan (jika berkenaan).
  6. Salinan permit impot bagi bahan mentah berasaskan haiwan yang diimpot.
  7. Salinan surat kebenaran dari pihak berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi produk kesihatan/makanan kesihatan.
  8. Peta lokasi premis pengeluaran ( location-map ).
  9. Contoh label produk yang disahkan halal.
  10. Yuran Pensijilan

Yuran pensijilan yang dikenakan kepada pemohon adalah bagi tempoh 2 tahun. Yuran ini dikenakan bagi setiap permohonan baru, pembaharuan, tambahan produk dan tambahan cawangan (premis makanan).

Jadual 1 : Yuran Industri Bagi Tempoh 2 Tahun

Industri Kecil RM 200.00

Industri Kecil & Sederhana RM800.00

Industri Multi Nasianal RM 1400.00



Jadual 2 : Ciri-Ciri Industri


Industri Kecil

Nilai jualan tahunan kurang dari RM 500,00. 00
Pekerja kurang dari 50 orang.

Industri Kecil &Sederhana

Nilai jualan tahunan RM 500,000 hingga RM 25 juta.

Industri Multi Nasional

Nilai jualan tahunan melebihi RM 25 juta.
Secara global & mempunyai rangkaian di beberapa buah negara.
Pekerja melebihi 150 orang.


Jadual 3 : Kadar Yuran Rumah Sembelih Mengikut Saiz Premis Bagi Tempoh 2 Tahun

Premis Kecil RM 200.00

Premis Sederhana RM 800.00

Premis Besar RM 1400.00



Jadual 5 : Kadar Yuran Premis Makanan/Restoran Dapur Hotel/Penyajian Makanan Bagi Tempoh 2 tahun.

Premis Makanan / Restoran / Dapur Hotel / Penyajian Makanan

RM 200 bagi setiap unit/cawangan

Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal

Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya.
Penggunaan Sijil Pengesahan Halal ini masih tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini.
Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis clan alamatnya, jenama barang, bahan ramuan clan pembekal-pembekalnya serta apa jua yang berkaitan dengannya, hendaklah diberitahu kepada Pesuruhjaya, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu secara bertulis untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut, tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Sijil Pengesahan Halal berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi "Garis Panduan" yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dari segi syarak.
Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan mengguna Logo Halal (seperti yang terdapat di sijil berkenaan) pada barangan atau premis berkenaan.
Sijil Pengesahan Halal yang asal perlukan dipamerkan.
Penggunaan logo perlu disertai dengan Nombor Rujukan.
Pembaharuan Sijil

Permohonan pembaharuan Sijil Halal hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat sijil sedia ada berserta borang dan dokumen yang lengkap.

Tuesday, April 26, 2011

KEK SPAN GULA HANGUS



Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
1 cawan air (untuk gula hangus)
1 cawan tepung gandum + 1 sudu teh soda bicarbonate (diayak tiga kali)
4 biji telur ayam ( gred A)
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis, tin saiz kecil

Cara membuatnya

1. Masak gula dlm periuk dengan api sederhana sehingga hangus berwarna coklat muda. Bila separuh cair tu kacau2 sentiasa guna senduk kayu. Bila gula dah larut semua.. jangan tunggu sampai jadi coklat gelap sangat kang pahit pulak kek.. perlahan2 tuangkan air sikit demi sikit sambil dikacau… tutupkan api dan tuangkan kesemua 1 cwn air tadi dan biarkan ia sejuk.
2. Telur dipukul hingga betul-betul kembang.
3. Marjerin dipukul hingga kembang di dalam bekas yang lain. (kacau guna sudu ajer ataupun guna mixer yg pukul telur tadi dan pukul kejap marjerin)
4. Masukkan marjerin ke dalam bekas berisi telur dan pukul lagi. (masa ni adunan telur akan turun sikit sebab dah tercampur dgn marjerin).
5. Panaskan oven anda.
5. Masukkan esen vanilla, susu pekat manis dan tepung. Pukul lagi hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan gula hangus. Kacau rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilapik kertas dan dilenser marjerin.
8. Bakar hingga masak, suhu oven 175`C selama 40-50 minit atau sehingga masak

Nota: Kek ini memang cair.
buat 2 adunan untuk saiz loyang 4 segi 9”x9” atau 10”x 10”

……………………………….

TIPS GULA HANGUS UNTUK KEK INI

Gula digoreng tanpa air dgn api yang sederhana sehingga gula yg berketul ketul tu hancur keseluruhannya dan masukkan air panas.
Setelah air panas dimasukkan, masukkan pula butter. Kacau sekejap & sejukkan.

Kehitaman kek bergantung kepada gula hangus yg kita masak….gula dihanguskan sehingga berwarna coklat baru dimasukakan air…jangan risau tidak pahit, kek apabila masak tidak nampak gelap sangat tapi bila dah sejuk makin terserlah kehitamannya.

…………………………………
1. Masakkan gula dalam kuali – kacau sehingga gula cair … kacau sehingga betul2 gula hancur – Jgn risau x keras nyer gula tu ..Sediakan 1 cwn air panas
2.Bila gula dah cair – masukkan air panas – pakai senduk sup lagi bagus x panas naik kat tangan. – Jgn risau air gula tetap x keras

3. Terus masukkan butter kacau sampai butter cair .

Siap & ketepikan. Mula kan pulak proses membancuh tepung kek. – Jgn risau air gula tetap x keras.

………………………………………………..

KENAPA KEK INI MENJADI 2 LAPIS?

Pada pandangan dan pendapat , keadaan 2 layer ini mungkin terjadi kerana tindakbalas akibat percampuran bikaronat dan baking powder dimana ia akan menghasilkan gelembung gas antaranya co2..

Buble2 yang dihasilkn ini tidak cukup besar dan tidak cukup kuat untuk sampai ke permukaan atas kek…
Ini kerana ketebalan kek adalah melebihi kemampuan bubble tu bergerak..
maknanya, bubble lum sampai ke permukaan untuk membentuk sarang atau rongga tetapi sudah pecah di pertengahan jalan..

Wujud 2 layer sebab bahagian atas tidak terkena laluan bubble dari tindakbalas bahan kimia tadi…cuba letak dalam acuan yang cetek dan lebar,untuk hasil yang lebih baik.

selamat mencuba.....

Wednesday, April 20, 2011

MUFFIN COKLAT


Bahan-bahan ( 10 biji )

  1. 200g coklat masakan
  2. 70g mentega
  3. 2 biji telur
  4. 50g gula halus
  5. 60g tepung gandum
  6. 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

Antara bahan-bahan yang diperlukan:-

  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
  8. SELAMAT MENCUBA..

Friday, April 8, 2011

RESEPI KACANG MERAH





500 gm kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
1 keping gula kerek
1 helai daun pandan
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara

Kacang merah di rebus sehingga empok. Mama guna pressure cooker, rebus selama 20 minit. sejukan kemudian rebus lagi sekali sehingga betul2 empok.
Tapis buang airnya kalau berlebihan. Masak lagi sehingga iarnya kering.
Masukan gula pasir, gula kerek, minyak masak dan daun pandan. Masak lagi sehingga terasa berat nak mengacau..pekat lah tu..
Bolih lah tutup api..dah siap..

RESEPI SEKAYA


SEKAYA @ SERIKAYA


Bahan-bahannya:

3 biji telur Gred A
200 g gula pasir
300 ml santan pekat (1 biji kelapa) ( maisya guna santan kotak + air )
2 helai daun pandan, dikoyak & disimpulkan

Untuk Gula Hangus
60 g gula pasir
125 ml air

Untuk gula hangus, jerang gula dan air hingga gula hancur.
Masak lagi hingga mendidih kemudian bertukar menjadi karamel (hangus dan keperangan gelap).
Jangan terlalu lama dibiarkan kerana ia akan menjadi pahit.
Gula hangus boleh menjadi 'lebih hangus' jika dibiarkan lama di dalam periuk/kuali bekas memasaknya kerana bekas tersebut masih panas.

Ada satu lagi cara membuat gula hangus:
Hanguskan gula di dalam periuk atau kuali,
masukkan air (panas) dan kacau hingga pekat.

Cara memasak inti

Kacau gula dan telur hingga sebati.
Masukkan daun pandan, santan dan gula hangus.
Jerang di atas api perlahan dan kacau tanpa henti hingga pekat dan berkilat.

selamat mencuba dan jimat belanja