Wednesday, July 21, 2010

KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA JAYA AMBS


KPW AMBS MELAKAR sejarah menyertai ke pertandingan peringkat kebangsaan , Percubaan pertama pada tahun 2009 hanya tempat kedua peringkat negeri Terengganu . Tahun 2010 sekali lagi mencuba nasib , syukur dapat mewakili negeri keperingkat Kebangsaan.

Jam 10.00 pagi
Penghakiman dari Putrajaya disambut meriah oleh ahli kumpulan KPW AMBS dengan bunga mangga , paluan kompang dan selawat marhaban oleh Ahli KPW. Mereka terdiri daripada wakil MADA, Pewrikanan dan Jabatan Pertanian dengan kepakaran tersendiri.


Berhenti seketika melihat kehandaan anak-anak ahli bersilat gayong

11.00 pagi Bacaan doa oleh HjGhazali Sulaiman dan alu-aluan oleh Pengerusi JKKK3 En Razak Hamzah .
Alunan marhaban dan selawat dari kumpulan Marhaban KPW AMBS


Pengerusi Puan Hjh Zakiah Alias membentang lapuran aktiviti dan kewangan PKW bagi sesi 2009/2010 kepada ahli dan Juri untuk dibuat pernilaian
Bacaan ikrar oleh AJK sebagai taat setia kepada kumpulan dan komitmen dengan tanggungjawab yang diamanahkan .
selepas taklimat makan dan lawatan ke tapak dan Bengkel Ushawan terpilih. bersambung....

Saturday, June 19, 2010

LAWATAN CUTI SEKOLAH BERSAMA KELUARGA ROTI DMAS

Kenduri kendara banyak di musin cuti sekolah , setiap jumaat sabtu ahad , 6 atau lebih jemputan .. buat rezeki atau bagaimana ye..

Konvo anak kedua , di Shah Alam , syukur mendapat anugerah Dekan ...CGPA 3.78.. moga-moga semua nya menjadi pembela agama dan anak bangsa kelak ... insyaallah

Rekreasi dan ziarah keluarga sempena cuti , bagi merapatkan ukhwah sesama sanak saudara disamping tu tengok keindahan ibukota .

Ke Putik , PCB kelantan , perjalanan penuh dengan pengalaman manis bersama 9 cahaya mata.
Hampir 3 jam nangis , keluar dari bilik menunggu ambik gambar senyap utk ambik gambar.

11 jun Hari lahir Zakiah 19 hb Jun hari lahir Ghazali(suami ) ,
19hb jugak 8.00 pagi Amalin kemalangan sikit ...tunggu dapat keputusan x-ray hingga jam 12 tenghari. jam 12.40 baru dapat jumpa Doktor. Alhamdullilah tulang tak patah cuma seliuh urat ..

18hb Jun jam 9.00 malam doa selamat , tahlil arwah Bonda dan di Rumah Ayah . bergegas Balik jam 12.00 malam .

Redha dengan qada' dan qadar moga-moga setiap kejadian ada RAHMATNYA , SAMADA kita tahu maupun tidak.... doakan agar cepat semboh..

Kedatangan cuti cukup bermakna utk menambah momentun baru anak - anak Rotidmas

Thursday, June 3, 2010

LAWATAN KERJA PEGAWAI IAT KE BENGKEL DMAS

En Ridhuan bersama pegawai dari IAT Dungun sedang berbincang.


Pemandangan dalam bengkel
Pemandangan dari dalam bilik pemeraman
Deretan Oven dan dapor


" Tingkatkan pengeluaran dan tambah product untuk menambah pendapatan " demikian komen En Anas kepada penguasaha kami. setelah 30 minit en Anas bersama kakitangan Jabatan membuat lawatan ke kilang dari segi kebersihan dan kepatuhan kepada piawai pembuatan .

gambar bersama Cik Ku Rafah ( Pegawai Pertanian Ibu Pejabat Negeri )

Sementara di Kuala Lumpur , Hjh Zakiah menghadiri Seminar IAT di Ampang , seramai 15 usahawan dari Trengganu hadir keseminar tersebut, Anugerah khas tempat kedua diterima oleh peserta dari Negeri Terengganu .

Saturday, May 22, 2010

KARNIVAL USAHAWAN MUDA 22 05 2010



HARI KEDUA

7.30 BERTOLAK DARI BANDAR AMBS

TIBA JAM 9.00 PAGI TEPAT , SEPANJANG JALAN HUJAN , MEREDAH HUJAN DENGAN SEMANGAT UNTUK SAMPAI KE TTC.

Pelajar tingkatan 4 SMAZA

10 .00pagi Pelajar-pelajar mula berkunjung , mereka terdiri dpd Persatuan Ushawan Muda sekolah PUM dan lembaga koperasi sekolah.


ramai rakan kongsi dihubungkan
Pegawai dari SME

guru yang bermnat dengan produk coklat , dan roti
tak ketinggalan juga yang berminat minta di ajar dan mintak buat kelas

Jam 2.00 petang majlis perasmian oleh Pemangku Raja Tengku Mohamad Ismail

Pelajar tahun 6 Sek Ren TA Intan K Berang Pemuzik ungdangan 2 hari karnival.
Tunggu lah jugak l kunjungan dari YAB ke Anak Sultan ke .... hadir jugak pegawai-pegawai dari SME < Bank , unit pengembangan product Tengku pengarah YPU dan berbagai jugak lah .


Temuramah dari Radio 3 Terengganu , penerbit .. Salmah Yatim untuk Segmen Terengganu indah.. lama jugak ditemuramah..macam ceramahlah jugak 15 minit .


Petang lampu black lagi macam hari pertama , sepatutnya RTM TV nak temu ramah kena batal lah .. kalau panjang umur mintak datang ke AMBS kalau ada rezeki... sempat jgak bergambar dengan En Hashim ..

Syukur selamat salamat tiba ke AMBS jam 9.00 malam .dengan selamat

Banyak kenangan , rakan niaga boleh bertemu .. terima kasih kepada YPU dan semua memberi peluang ini..

Friday, May 21, 2010

KARNIVAL USAHAWAN MUDA 21 05 2010

SYUKUR DIPILIH MENYERTAI KARNIVAL USAHAWAN MUDA 2010 YANG AKAN DI RASMIKAN OLEH TUANKU RAJA MUDA SULTAN TERENGGANU PADA 22MEI 2010 DIJANGKA 2 PETANG ESOK .


HARI PERTAMA
Pendaftaran

Bertolak dari AMBS jam 7.00 pagi ke Kuala terengganu , tiba jam 9.00 pagi pendaftaran .



datang dengan harapan mempromosi product baru coklat "my choice home made "



coklat my choice



melayan pelanggan , mempromosi dan mendapatkan rakan niaga dan perkongsian dengan peneraju coklat yang telah berjaya.

Contoh coklat hantaran kahwin

cukup terharu ramai usahawan muda dan para pemimpin masa depan dengan ciptaan mereka






saintis dari Elit Lembah Bidong




Bahan terbuang dari SMK Kerteh.

Datang dengan harapan pulang dengan kejayaan ... insyaALlah..
Tutup jam 6.30 petang

Monday, May 10, 2010

Home made Chocolate

Coklat buatan tanganKami ialah pengusaha coklat buatan tangan bimbingan Lembaga Koko Malaysia.Pihak kami menawarkan beberapa jenis produk yang sesuai untuk dijadikan hadiah dan pemanis mulut majlis-majlis keraian seperti hari perayaan, perkahwinan dan annual dinner. Antara produk yang kami keluarkan ialah coklat plain, bluberry, peanut butter, jelly, mix fruits, Badam, Hazel nut dan crunchy . Didatangkan dalam pelbagai saiz dan bentuk. Harga jualan ialah diantara RM25.00 - RM35.00 / 500g.
Bersempena hari raya yang akan tiba nanti, pihak kami membuka untuk anda membuat tempahan. Sila lawati laman web kami, atau anda bolehlah menelefon kami di 013-9463639,019-9678501 ( Puan Hjh Zakiah) , pejabat 09- 8221340 atau Hj Ghazali 014-8223490



D-292, Lorong Syeikh Abdul Kadir 2 ,
Taman Indah , Bandar Almuktafi Billah Shah
23400 , Dungun Terengganu. West Malaysia

Phone: 609 8221340 , 019-9678501 @ 013-9463639.
Email: frozenmas@gmail.com



Sunday, May 9, 2010

EKSPO 37 TAHUN KETENGAH




KETENGAH MENGADAKAN KARNIVAL USAHAWAN 2010 SEMPENA SAMBUTAN 37 TAHUN KETENGAH.

BAHAGIAN USAHAWAN KETENGAH MEMBIMBING USAHAWAN BAGI MENGADAKAN BOOTH PERCUMA BARANGAN DAN JUALAN .PELUANG KEEMASAN DI SAMBUT BAIK OLEH USAHAWAN DALAM JAJAHAN KETENGAH KHASNYA BOOTH ZAKIAH ALIAS ENTERPRISE ATAU ROTI DAN KEK DMAS.


k







kujungan hormat dari pegawai MCS Putrajaya Kuala Lumpur



PENGAWAI PERTANIAN JERANGAU SUNGAI



Sebahagian dari pengunjung yang datang







Terima kasih kepada semua yang memberi galakan dan peluang menambah dan menjana pendapatan , khasnya bagi memperkenalkan pengeluaran dalam Jajahan Ketengah.

ghazali