Saturday, May 22, 2010

KARNIVAL USAHAWAN MUDA 22 05 2010



HARI KEDUA

7.30 BERTOLAK DARI BANDAR AMBS

TIBA JAM 9.00 PAGI TEPAT , SEPANJANG JALAN HUJAN , MEREDAH HUJAN DENGAN SEMANGAT UNTUK SAMPAI KE TTC.

Pelajar tingkatan 4 SMAZA

10 .00pagi Pelajar-pelajar mula berkunjung , mereka terdiri dpd Persatuan Ushawan Muda sekolah PUM dan lembaga koperasi sekolah.


ramai rakan kongsi dihubungkan
Pegawai dari SME

guru yang bermnat dengan produk coklat , dan roti
tak ketinggalan juga yang berminat minta di ajar dan mintak buat kelas

Jam 2.00 petang majlis perasmian oleh Pemangku Raja Tengku Mohamad Ismail

Pelajar tahun 6 Sek Ren TA Intan K Berang Pemuzik ungdangan 2 hari karnival.
Tunggu lah jugak l kunjungan dari YAB ke Anak Sultan ke .... hadir jugak pegawai-pegawai dari SME < Bank , unit pengembangan product Tengku pengarah YPU dan berbagai jugak lah .


Temuramah dari Radio 3 Terengganu , penerbit .. Salmah Yatim untuk Segmen Terengganu indah.. lama jugak ditemuramah..macam ceramahlah jugak 15 minit .


Petang lampu black lagi macam hari pertama , sepatutnya RTM TV nak temu ramah kena batal lah .. kalau panjang umur mintak datang ke AMBS kalau ada rezeki... sempat jgak bergambar dengan En Hashim ..

Syukur selamat salamat tiba ke AMBS jam 9.00 malam .dengan selamat

Banyak kenangan , rakan niaga boleh bertemu .. terima kasih kepada YPU dan semua memberi peluang ini..

Friday, May 21, 2010

KARNIVAL USAHAWAN MUDA 21 05 2010

SYUKUR DIPILIH MENYERTAI KARNIVAL USAHAWAN MUDA 2010 YANG AKAN DI RASMIKAN OLEH TUANKU RAJA MUDA SULTAN TERENGGANU PADA 22MEI 2010 DIJANGKA 2 PETANG ESOK .


HARI PERTAMA
Pendaftaran

Bertolak dari AMBS jam 7.00 pagi ke Kuala terengganu , tiba jam 9.00 pagi pendaftaran .



datang dengan harapan mempromosi product baru coklat "my choice home made "



coklat my choice



melayan pelanggan , mempromosi dan mendapatkan rakan niaga dan perkongsian dengan peneraju coklat yang telah berjaya.

Contoh coklat hantaran kahwin

cukup terharu ramai usahawan muda dan para pemimpin masa depan dengan ciptaan mereka






saintis dari Elit Lembah Bidong




Bahan terbuang dari SMK Kerteh.

Datang dengan harapan pulang dengan kejayaan ... insyaALlah..
Tutup jam 6.30 petang

Monday, May 10, 2010

Home made Chocolate

Coklat buatan tanganKami ialah pengusaha coklat buatan tangan bimbingan Lembaga Koko Malaysia.Pihak kami menawarkan beberapa jenis produk yang sesuai untuk dijadikan hadiah dan pemanis mulut majlis-majlis keraian seperti hari perayaan, perkahwinan dan annual dinner. Antara produk yang kami keluarkan ialah coklat plain, bluberry, peanut butter, jelly, mix fruits, Badam, Hazel nut dan crunchy . Didatangkan dalam pelbagai saiz dan bentuk. Harga jualan ialah diantara RM25.00 - RM35.00 / 500g.
Bersempena hari raya yang akan tiba nanti, pihak kami membuka untuk anda membuat tempahan. Sila lawati laman web kami, atau anda bolehlah menelefon kami di 013-9463639,019-9678501 ( Puan Hjh Zakiah) , pejabat 09- 8221340 atau Hj Ghazali 014-8223490



D-292, Lorong Syeikh Abdul Kadir 2 ,
Taman Indah , Bandar Almuktafi Billah Shah
23400 , Dungun Terengganu. West Malaysia

Phone: 609 8221340 , 019-9678501 @ 013-9463639.
Email: frozenmas@gmail.com



Sunday, May 9, 2010

EKSPO 37 TAHUN KETENGAH




KETENGAH MENGADAKAN KARNIVAL USAHAWAN 2010 SEMPENA SAMBUTAN 37 TAHUN KETENGAH.

BAHAGIAN USAHAWAN KETENGAH MEMBIMBING USAHAWAN BAGI MENGADAKAN BOOTH PERCUMA BARANGAN DAN JUALAN .PELUANG KEEMASAN DI SAMBUT BAIK OLEH USAHAWAN DALAM JAJAHAN KETENGAH KHASNYA BOOTH ZAKIAH ALIAS ENTERPRISE ATAU ROTI DAN KEK DMAS.


k







kujungan hormat dari pegawai MCS Putrajaya Kuala Lumpur



PENGAWAI PERTANIAN JERANGAU SUNGAI



Sebahagian dari pengunjung yang datang







Terima kasih kepada semua yang memberi galakan dan peluang menambah dan menjana pendapatan , khasnya bagi memperkenalkan pengeluaran dalam Jajahan Ketengah.

ghazali

Sunday, April 4, 2010

Resepi roti kismiss

Roti walnuts dan kismis

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 280g tepung roti
* 140g air
* 20g telur
* 18g skim milk
* 18g gula
* 3g garam
* 55g marjerin
* 3g dry yeast
* * 50g wulnuts
* * 50g raisin
* -telur untuk glis

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan kec * ke dalam breadmaker. ON kan. Bila bunyi untuk masukkan bahan, masukkan pula wulnuts dan raisin.
2. Bila dah siap, bahagikan adunan kepada 10 bahagian. Rehatkan selama 10 minit
3. Kemudian buatlah bentuk bulat. Tekan sikit biar jadi leper. Gunting bahagian tepi kepada 6 bahagian. Biarkan sehingga naik 2 kali ganda
4. Sapu dengan telur dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 14minit .

selamat mencuba

Saturday, March 27, 2010

Roti Kismis

Bahan-bahan ( 12 biji kecil )

* 500 gram tepung roti*
* 1/2 sudu kecil garam halus*
* 50 gram butter*
* 6 sudu besar gula castor**
* 1 sudu kecil yis**
* 225ml susu suam***
* 1 biji telur - dipukul sikit***

* **************************

* Bahan untuk sapu atas roti

* 2 sudu besar gula castor dibancuh dengan sedikit
air panas dan sedikit esen vanila


* **************************
* Bahan dalam roti
* sedikit butter dicairkan
* kismis
* gula perang

Cara-cara

1. Campur semua bahan bertanda *. Gaulkan dengan tangan
hingga kesemua bahan bercampur mesra. Nota : Jika ingin
guna bread improver dan bread softener, guna 1 sudu kecil
untuk kedua bahan ini dan gaulkan sekali.
2. Masukkan kesemua bahan bertanda **. Gaul mesra bahan-bahan ini.
3. Buat lubang ditengah tepung dan masukkan bahan-bahan bertanda ***.
Uli hingga menjadi doh. Masukkan doh kedalam bekas yang telah
ditabur sedikit tepung. Tutup dan biar naik 2 kali ganda.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan leperkan doh. Sapu permukaan doh
ini dengan butter cair.
5. Kemudian, taburkan kismis dan gula perang.
6. Gulungkan doh dengan kemas.
7. Potongkan doh kepada 12 bahagian.
8. Susunkan doh yang telah dipotong tadi dalam loyang yang
telah disapu sedikit minyak/butter. Tutup dengan kain atau plastik
dan biarkan naik sekali ganda.
9. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 400F/200C.
10. Bila siap, biarkan roti selama 20 minit sebelum diangkat
keluar dari loyang. Ini supaya roti tidak melekat pada loyang.
Kemudian, sapukan atas roti dengan bahan sapuan tadi.
11. Roti kini siap untuk dimakan.

Selamat Mencuba!

Wednesday, March 17, 2010

PETUA JIKA TIADA TEPUNG ROTI

Tepung Gandum Jadi Tepung Roti

Jika tiada tepung roti di kedai pastri, guna kan tepung gandum saja... kalau kat kampung kampung mana ada masa nak pegi bandar nak beli tepung roti... jadi untuk memudah kan org yang tinggal di pendalaman macam kami di Hulu Dungun ni, cara paling mudah nak buat tepung roti sendiri...


Bahan-bahan ( 16 biji bun )

* 11g Yis Segera
* 560g Tepung Gandum

Cara-cara

1. Masukkan tepung ke dalam bekas, masukkan yis ke dalam tepung, gaul hingga sebati... siap...

BOLEH CUBA AH,, TIDAK PERNAH BUAT UNTUK JUAL
UNTUK MAKAN SENDIRI OK....