Wednesday, April 20, 2011

MUFFIN COKLAT


Bahan-bahan ( 10 biji )

  1. 200g coklat masakan
  2. 70g mentega
  3. 2 biji telur
  4. 50g gula halus
  5. 60g tepung gandum
  6. 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

Antara bahan-bahan yang diperlukan:-

  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
  8. SELAMAT MENCUBA..

Friday, April 8, 2011

RESEPI KACANG MERAH





500 gm kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
1 keping gula kerek
1 helai daun pandan
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara

Kacang merah di rebus sehingga empok. Mama guna pressure cooker, rebus selama 20 minit. sejukan kemudian rebus lagi sekali sehingga betul2 empok.
Tapis buang airnya kalau berlebihan. Masak lagi sehingga iarnya kering.
Masukan gula pasir, gula kerek, minyak masak dan daun pandan. Masak lagi sehingga terasa berat nak mengacau..pekat lah tu..
Bolih lah tutup api..dah siap..

RESEPI SEKAYA


SEKAYA @ SERIKAYA


Bahan-bahannya:

3 biji telur Gred A
200 g gula pasir
300 ml santan pekat (1 biji kelapa) ( maisya guna santan kotak + air )
2 helai daun pandan, dikoyak & disimpulkan

Untuk Gula Hangus
60 g gula pasir
125 ml air

Untuk gula hangus, jerang gula dan air hingga gula hancur.
Masak lagi hingga mendidih kemudian bertukar menjadi karamel (hangus dan keperangan gelap).
Jangan terlalu lama dibiarkan kerana ia akan menjadi pahit.
Gula hangus boleh menjadi 'lebih hangus' jika dibiarkan lama di dalam periuk/kuali bekas memasaknya kerana bekas tersebut masih panas.

Ada satu lagi cara membuat gula hangus:
Hanguskan gula di dalam periuk atau kuali,
masukkan air (panas) dan kacau hingga pekat.

Cara memasak inti

Kacau gula dan telur hingga sebati.
Masukkan daun pandan, santan dan gula hangus.
Jerang di atas api perlahan dan kacau tanpa henti hingga pekat dan berkilat.

selamat mencuba dan jimat belanja

Saturday, February 5, 2011

KENANGAN MANIS BERSAMA KELUARGA

Menjamu selera hari lahir Kembar kami Hafizi dan Hafizah 1FEB 2011

Petang berekreasi di taman Sura

Muslimat dan nisa' game di TASIK BUKIT BESI - 3 Feb 2011

Bersama di Taman sura

Sehati sepakat ....Comel gambar bergayut

Pintu masuk ke Taman Sura

Berkelah , makan tengahari selepas penat main air ...makan pun dlm air

Kepenatan seharian main air di Sungai Keleming , Hulu Dungun

Penat berkayuh lawan arus , pengalaman anak2 naik perahu panjang.

Bergambar sebelum balik ke AMBS

SYUKUR KEJAYAAN 2010

Saguhati pertandingan Coklat dan Tat cempedak semasa MAHA 2010 di Serdang Selangor.

Anugerah yang di menangi.. Ushawan berpotensi dan Pertubuhan berbaya saing. (KPW)

Bersama rakan usahawan yang dicalonkan.

Menerima anugerah Usahawan Berpotensi KETENGAH 2010 dengan YB Tim Menteri , KKLW

ANUGERAH PERTUBUHAN BERPOTENSI KETENGAH 2010 .. ( KUMPULAM PENGEMBANGAN WANITA AMBS )

RESEPI MINI PIZZA

Bahan-bahan ( 10 biji )

200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung

Topping:
- pizza cheese
- mini tomato
- sosej
- sos tomato / sos cili
- telur untuk sapu pada roti

Cara-cara

Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit

Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda

Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

SELAMAT MENCUBA

Monday, December 27, 2010

RESEPI KEK LEMON

Bahan-bahan ( cukup utk 6-8 org )

1 cwn (228gm) mentaga
2 cwn (457gm) gula halus
4 biji telur (dipukul)
1 cwn (8oz) susu
3 cwn (650gm) tepung
2 sdu kecil serbuk penaik
2 sdu kecil garam
2 biji lemon (di parut sedikit kulitnya)
Bahan2 utk glaze lemon (di tuang keatas kek)
Perah jus 2 biji lemon
1/4 cwn gula halus
Cara-cara

pukul mentaga & gula hingga sebati.
campurkan telur sedikit2 & tuangkan susu.
gaulkan tepung, serbuk penaik, garam & parutan lemon.
tuangkan sedikit demi sedikit campuran tepung kedalam adunan & gaul perlahan2.
Sapukan mentaga & tepung sedikit kedlm acuan supaya kek tak melekat & tuangkan adunan.
Bakar selama 1 jam kedlm oven pada suhu 240 degrees celcius.
Utk buat glaze: gaul juz lemon bersama gula hingga larut.
Keluarkan kek dari oven & sejukkan selama 5 min seblm sapukan glaze keatas kek.
taburkan gula halus diatas kek & biarkan hingga dingin di suhu udara supaya glaze serap kat dlm kek...enjoy!