Kenduri kendara banyak di musin cuti sekolah , setiap jumaat sabtu ahad , 6 atau lebih jemputan .. buat rezeki atau bagaimana ye..
Konvo anak kedua , di Shah Alam , syukur mendapat anugerah Dekan ...CGPA 3.78.. moga-moga semua nya menjadi pembela agama dan anak bangsa kelak ... insyaallah
Rekreasi dan ziarah keluarga sempena cuti , bagi merapatkan ukhwah sesama sanak saudara disamping tu tengok keindahan ibukota .
Ke Putik , PCB kelantan , perjalanan penuh dengan pengalaman manis bersama 9 cahaya mata.
11 jun Hari lahir Zakiah 19 hb Jun hari lahir Ghazali(suami ) ,
19hb jugak 8.00 pagi Amalin kemalangan sikit ...tunggu dapat keputusan x-ray hingga jam 12 tenghari. jam 12.40 baru dapat jumpa Doktor. Alhamdullilah tulang tak patah cuma seliuh urat ..
18hb Jun jam 9.00 malam doa selamat , tahlil arwah Bonda dan di Rumah Ayah . bergegas Balik jam 12.00 malam .
Redha dengan qada' dan qadar moga-moga setiap kejadian ada RAHMATNYA , SAMADA kita tahu maupun tidak.... doakan agar cepat semboh..
Kedatangan cuti cukup bermakna utk menambah momentun baru anak - anak Rotidmas
Saturday, June 19, 2010
Thursday, June 3, 2010
LAWATAN KERJA PEGAWAI IAT KE BENGKEL DMAS
Pemandangan dalam bengkel
" Tingkatkan pengeluaran dan tambah product untuk menambah pendapatan " demikian komen En Anas kepada penguasaha kami. setelah 30 minit en Anas bersama kakitangan Jabatan membuat lawatan ke kilang dari segi kebersihan dan kepatuhan kepada piawai pembuatan .
Sementara di Kuala Lumpur , Hjh Zakiah menghadiri Seminar IAT di Ampang , seramai 15 usahawan dari Trengganu hadir keseminar tersebut, Anugerah khas tempat kedua diterima oleh peserta dari Negeri Terengganu .
Subscribe to:
Posts (Atom)