Tuesday, December 6, 2011

PENYAKIT CUTI SEKOLAH

HAFIZI  ( 7 tahun 9 bulan )  SELAMAT  DI  KHITANKAN  1 DEC 2011

 Majlis di Mulakan dengan Kuliah . Tazkirah dan Solat Hajat pada  30 Nov 2011

    Gembira menerima sumbangan dari Ustaz Hamzah Ngah

                                                    berdebar menunggu giliran
sudah siap di khitankan  tahan sakit

gembira berehat dirumah .... menuju alam remaja yang cemerlang dan gemilang


Sunday, December 4, 2011

Kelahiran ke 10

Mohd Naqeeb dilahirkan pada 2 Nov 2011 Jam 2.21 pagi
                                                                   Berusia  satu hari

Usia 2 hari


Usia 3 hari

Usia 3 hari

Syukur dengan kurniaan ALLah ... muga menjadi anak soleh dan pelindung Ayah ibu di dunia dan akhirat




Friday, October 7, 2011

TANDA-TANDA ADA MASALAH KEWANGAN













Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini, ianya membuka ruang untuk kita memikirkan semula bebanan hutang yang perlu diuruskan. Tanpa perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak pastinya memeningkan kepala.


Mendisiplinkan diri dalam segenap aspek perbelanjaan atau pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelak daripada dibelenggu masalah kewangan.
Tidak cukup dengan masalah itu, kita dibebani pula dengan hutang keliling pinggang. Bayaran bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit dan rumah gagal dijelaskan mengikut waktu.
Jika berdepan masalah seperti itu ia adaah petanda anda memerlukan bantuan pakar perancangan bagi membantu menguruskan kewangan anda.
Adalah lebih baik jika mengetahui anda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik.

Jika anda mempunyai tanda seperti dijelaskan di bawah, anda perlu mendapatkan bantuan pakar bagi menguruskan kewangan anda.




1. Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.

Jika anda sering bertengkar dengan pasangan mengenai soal ketiadaan atau kekurangan wang, ini adalah satu tanda bahawa anda sedang menghadapi kesulitan kewangan. Jika masalah kewangan ini tidak ditangani dengan bijak, ia mungkin membawa kepada lain-lain masalah dalam rumah tangga termasuk perceraian.

2. Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan.

Peraturan wajib yang perlu diikuti adalah kita perlu mengehadkan semua tanggungjawab hutang kita hanya kepada kira-kira-kira satu pertiga daripada pendapatan atau gaji bersih yang diterima setiap bulan.
Gaji bersih bermakna selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cukai pendapatan, Perkeso dan sebagainya.
Ini bermakna jika gaji bersih sebulan adalah RM3,000 , maka pembayaran semula pinjaman kereta, rumah dan lain-lain pinjaman jika ada tidak boleh melebihi RM1,000 sebulan.
Ini bermakna mereka mempunyai kurang separuh daripada pendapatan yang boleh digunakan bagi perbelanjaan lain dan untuk perbelanjaan membesarkan anak-anak.
Bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk tujuan lain seperti melancing, hiburan, makan di luar dan lain-lainnya? Kemungkinan besar bagi perbelanjaan untuk perkara berkenaan mereka terpaksa berhutang terutama dengan menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi atau kedua-duanya sekali.

3. Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum.

Jika anda mendapati baki kad kredit anda semakin tinggi setiap bulan, ia adalah satu amaran bahaya. Jika perkara ini tidak diteliti, anda akan mencapai ke tahap maksimum kad kredit anda tidak lama lagi. Jika ini berlaku, kita akan mula mencari peluang untuk memohon kad kredit yang kedua dan ketiga yang seterusnya menyebabkan hutang kad kredit anda terus menggunung.
4. Hanya membayar bayaran minimum.
Satu lagi tanda yang menunjukkan anda menghadapi krisis kewangan adalah apabila hanya membayar sejumlah minimum kad kredit. Baki kad kredit itu selalunya akan menyebabkan anda dikenakan caj faedah 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun.

5. Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan boleh menyebabkan hutang makin tertunggak.

Membayar bil lewat akan menyebabkan anda dikenakan caj penalti dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi beban kewangan anda.

6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan.

Satu petanda yang menunjukkan anda tidak mempunyai disiplin kewangan adalah apabila sanggup meminjam daripada orang lain terutama kawan atau saudara-mara sendiri untuk membeli sesuatu barang yang sebelum ini akan membayar dengan tunai.

7. Tidak dapat tidur malam.

Ini adalah satu ujian untuk menunjukkan sama ada anda mengalami masalah kewangan atau tidak. Tanyakan diri sendiri adakah anda dapat tidur nyenyak setiap malam atau tidur terganggu kerana memikirkan hutang keliling pinggang.
Salah satu caranya adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan atau mendapat khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).


Sunday, August 14, 2011

RESEPI KARIPAP RAJA



Bahan-Bahan:
bahan untuk pastri :-
1Kg tepung gandum
1 cawan marjerin ( dipanaskan )
1 air
garam ( jika perlu )

untuk inti :-

1kg ubikentang
1 sudu lada hitam
2 sudu jintan putih
2 sudu jintan manis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
( bahan-bahan diatas ditumbuk halus )
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
air asam jawa (secukup rasa)

Cara:
masukkan tepung kedalam mangkuk. kemudian masukkan majerin yang telah dimasakkan kedalam tepung dan masukkan secawan air. letakkan garm secukup rasa dan di uli.

untuk inti:-
panaskan minyak.tumiskan bahan-baan yang ditumbuk tadi.sedikit air asam jawa.masukkan air, ubi kentang dan bawang besar.masak sehingga ubi empuk.

SELAMAT MENCUBA , DI BAZAR RAMADHAN JUAL RM 1.00 SATU

Wednesday, August 3, 2011

Diet seimbang di Bulan Puasa


Jenis makanan yang boleh diambil sepanjang bulan Ramadan tidak terhad kepada jenis makanan tertentu sahaja. Kebanyakan jenis makanan dibenarkan diambil dalam kuantiti yang tertentu. Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, setiap individu itu perlu mengambil makanan dari setiap kumpulan makanan utama iaitu :


* Nasi, roti, jenis-jenis mi, bijirin dan jenis-jenis ubian : sumber karbohidrat kompleks yang paling baik.

Kumpulan ini membekalkan, vitamin, mineral serat diet (dietary fiber) dan protein. Ia dapat membekalkan tenaga untuk fungsi tubuh dan aktiviti harian.

* Ikan, ayam, daging, kacang dan kekacang : sumber protein yang baik.

Kumpulan ini juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink. Kekacang dan kacang juga merupakan sumber serat diet. Protein penting untuk proses penyembuhan tisu dan pembinaan otot.

* Susu dan hasil tenusu : sumber penting untuk kalsium.

Kalsium susu lebih mudah untuk diserap. Ia juga sumber protein yang baik.

* Sayuran dan buah-buahan : sumber serat diet vitamin, mineral dan antioksidan yang baik.

Buah-buahan seperti jambu batu, kiwi dan sitrus merupakan sumber vitamin C yang baik. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak amat berguna untuk mengelakkan penyakit seperti kanser, jantung dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

* Lemak, minyak dan gula : keutamaan adalah untuk mengurangkan jenis lemak yang tepu (lemak yang keras pada suhu bilik) seperti minyak kelapa, lemak haiwan dan juga santan kelapa.

Ianya akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada paras kolesterol darah. Contoh lemak yang tidak tepu (lemak yang cair pada suhu bilik) adalah seperti minyak kanola, bunga matahari dan juga soya.

Walau bagaimanapun, pengambilan minyak masih penting kerana ianya adalah penyumbang tenaga (kalori) yang paling tinggi berbanding karbohidrat atau protein serta membekal asid lemak perlu dan berguna untuk penyerapan vitamin larut lemak. Gula pula hanya membekalkan karbohidrat ringkas tetapi tidak mempunyai nilai zat makanan yang lain.
Setiap makanan di dalam kumpulan makanan yang sama akan mengandungi tahap kepadatan dan jenis nutrien (zat makanan) yang berbeza-beza. Oleh itu, pengambilan jenis-jenis makanan di dalam kumpulan tertentu perlu dipelbagaikan untuk membekalkan semua zat yang diperlukan dan mendapat manfaat yang sebaik mungkin.

Tuesday, July 19, 2011

PESERTA GROOM BIG 2011

Perjumpaan 2 kali sebulan selama 4 bulan memungkinkan Usahawan tajaan Groom Big MiTI menubuhkan Koperasi ataupun PERTUBUHAN GROOM BIG bagi menjamin kelangsungan dan perpaduan sesama Usahawan. Sekaligus menolakan " PHD " yang menjadi budaya Melayu selama ini.










Terima kasih juga kepada semua designer khasnya Fazleshop yang tak jemu-jemu mendengar komen dari usahawan-usahawan yang cerewek.










Muga jumpa lagi dalam proram Groom Big Akan datang selepas RAYA dan juga ucapkan SELAMAT BERPUASA....




Grooom Big SIRIM 2011



Syukur berjaya menghabiskan modul 1 melebihi 3 bulan utk penjenamaan dan Pembungkusan product . Program bermula bulan akhir April hingga 19 Julai melibatkan 44 usahawan dari negeri selangor , Pahang , Kelantan dan Terenganu.




Kami merasa Bertuah dan Bangga di pilih untuk menyertai Program yang besar ini .. sekali gus mengharapkan pasaran yang lebih setelah siapnya pembungkusan baru bulan september nanti.


Monday, June 27, 2011

Kenali COP DAGANGAN


1. Apakah cap dagangan?

Cap dagangan ialah apa-apa tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniaga-peniaga yang lain. Cap dagangan termasuklah perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut.

Cap dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna membuat pilihan barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.

2. Apakah fungsi-fungsi cap dagangan?

Fungsi asal- Cap dagangan dapat menunjukkan asal usul sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.
Fungsi pemilihan - Cap dagangan mempermudahkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu
barangan atau perkhidmatan.
Fungsi kualiti - Pengguna boleh memilih barangan atau perkhidmatan yang berkualiti berdasarkan reputasi sesuatu cap dagangan.
Fungsi pemasaran - Cap dagangan adalah medium pengiklanan yang berkesan bagi membolehkan pengeluar
memasarkan barangan atau perkhidmatan.
Fungsi ekonomi – Sesuatu cap dagangan terkenal yang terbukti kualitinya, atau mempunyai reputasi yang tinggi boleh dilesenkan
atau dipindahmilik kepada pihak lain yang menjadikannya aset ekonomi.


3. Apakah perundangan yang mentadbir cap dagangan?
Akta Cap Dagangan 1976
Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 1997

4. Kenapakah pendaftaran cap dagangan penting?

Hak eksklusif - Pemilik Cap Dagangan berdaftar adalah diberikan hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan mereka dalam perniagaan. Mereka juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang menggunakannya tanpa kebenaran sama ada dalam bentuk sivil melalui peruntukan pelanggaran (infringement) di bawah Akta Cap Dagangan 1976 atau pun mengemukakan aduan kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) untuk tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Pendaftaran Muktamad - Sijil Pendaftaran boleh dijadikan bukti sah kepunyaan ke atas sesuatu cap dagangan di mana ia boleh diterima di mahkamah. Sijil Cap Dagangan merupakan dokumen yang penting untuk mengesahkan hak milik sesuatu cap dagangan dalam urusan perdagangan dan perniagaan.

5. Adakah cap dagangan wajib didaftarkan?

Pendaftaran cap dagangan adalah penting untuk mendapat hak eksklusif bagi tujuan mengeksploitasi dan mengambil tindakan pelanggaran walau pun tidak wajib didaftarkan.

6. Apa akan terjadi sekiranya cap dagangan tidak didafttarkan dalam memulakan tindakan pelanggaran?

Pemilik tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah peruntukan Akta Cap Dagangan 1976. Walau bagaimanapun tindakan pelanggaran boleh diambil di bawah prinsip undang-undang lazim. Sekiranya cap dagangannya digunakan oleh pihak lain, mereka perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa berlaku kekeliruan di kalangan pengguna berkaitan dengan asal usul sesuatu barangan serta membuktikan bahawa kedudukan pasaran mereka terjejas. Tindakan ini boleh menyebabkan perbalahan, rumit untuk diselesaikan dan memakan masa yang panjang serta melibatkan kos tinggi.

7. Adakah semua cap dagangan boleh didaftarkan?

Tidak. Sesuatu cap dagangan yang hendak didaftarkan mestilah:-

satu atau beberapa perkataan yang dicipta;
nama perseorangan/firma/syarikat yang dinyatakan dengan cara yang khas atau tertentu;
tandatangan pemohon yang boleh dibaca;
tidak boleh menerangkan sifat atau kualiti barangan atau perkhidmatan atau satu nama tempat/geografi;
apa-apa tanda yang distinktif seperti logo, gambar, simbol dan sebagainya; tidak memperdaya atau mengelirukan,
tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang dan tidak menyinggung mana-mana pihak;
tidak menyerupai atau hampir menyerupai pendaftaran permohonan cap terdahulu; dan
tidak menyerupai atau hampir menyerupai mana-mana cap dagangan yang terkenal (well-known mark).

Cap dagangan juga tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa perkataan atau representasi yang dilarang di bawah Seksyen 15 Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan 13, 14 dan 15 Peraturan Cap Dagangan 1997. Antara lain:

Paten, Telah Dipatenkan, Surat Paten Diraja, Berdaftar, Rekabentuk Berdaftar Dan Hakcipta;
DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Permaisuri Agong, DYMM Sultan-Sultan Dan Tuan Yg Terutama Yang Dipertuan Negeri;
Mahkota atau Lambang Diraja atau Imperial, Lencana, Lambang Kebangsawanan atau Lambang Kebesaran;
Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia;
Bulan Sabit Merah Dan Palang Geneva Yang Berwarna Merah Dan Palang Persekutuan Swiss Yang Berwarna Putih Atau Perak
Yang Berlatarkan Warna Merah;

Perkataan atau representasi Asean dan Bunga Raya.

8. Adakah pendaftaran di Malaysia memberi perlindungan di seluruh dunia?

Tidak, kerana perlindungan adalah tertakluk kepada wilayah/negara.

9. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perlindungan di luar negara?

Pemohon boleh membuat permohonan secara berasingan di setiap negara yang dikehendaki. Namun begitu permohonan pendaftaran di Malaysia boleh digunakan untuk Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran di negara-negara ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property Organization (WIPO).

10. Apakah prosedur-prosedur pemfailan?

Setiap permohonan cap dagangan hendaklah:-

Memfailkan borangCD 5 sebanyak 5 salinan;
Mengemukakan Akuan Bersumpah yang menyatakan cap dagangan tersebut adalah miliknya;
Menyertakan fi. Jika bayaran secara cek/kiriman wang/wang pos, hendaklah di atas nama
Perbadanan Harta Intelek Malaysia;
Mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang lain seperti borang 49 (bagi pemilikan persendirian dan perkongsian),
Tuntutan Tarikh Prioriti dan sebagainya.

11. Berapa lamakah tempoh perlindungan cap dagangan?

Tempoh sah perlindungannya ialah 10 tahun dan boleh diperbaharui bagi satu tempoh selama 10 tahun seterusnya.

12. Bilakah permohonan pendaftaran Cap Dagangan boleh dibuat?

Permohonan pendaftaran boleh dibuat pada bila-bila masa sama ada cap dagangan tersebut telah, sedang atau akan digunakan di masa hadapan.

13. Berapakah jumlah kos bagi sesuatu permohonan Cap Dagangan?

Jumlah kos yang terlibat bagi pemfailan permohonan cap dagangan ialah RM330 untuk e-Filing dan RM370 untuk permohonan biasa.
(Klik disini untuk senarai borang dan bayaran)

14. Siapakah yang boleh membuat permohonan pendaftaran Cap Dagangan?

Mana-mana pemilik Cap Dagangan sama ada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di Malaysia atau bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran. Pemilik-pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan.

15. Perlukah pemohon melantik ejen cap dagangan untuk memfailkan permohonan?

Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan cap dagangan dengan sendirinya. Manakala, pemohon luar negara hendaklah memfailkannya melalui ejen cap dagangan berdaftar.

16. Siapakah ejen cap dagangan berdaftar?

Ejen cap dagangan berdaftar adalah orang perseorangan, firma atau syarikat yang berdaftar di dalam Daftar Ejen Cap Dagangan. Mereka dilantik oleh pemohon untuk mewakili dirinya di dalam proses untuk mendapatkan pendaftaran cap dagangan.

17. Di manakah permohonan boleh dibuat?

Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan Cap Dagangan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Kuala Lumpur atau di mana-mana pejabat di Sabah dan Sarawak.

Sebarang pertanyaan atau surat menyurat bolehlah dimajukan kepada :-

Ibu Pejabat

Unit 1-7, Aras Bawah, Menara UOA Bangsar
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur.

No. Telefon:+603 2299 8400 (Operator)
No. Faks:+603 2299 8989
Pejabat Sabah:
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Tingkat 6, Blok C,
49, Jalan Karamunsing,
88000 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon:+6088 254 524
No. Faks:+6088 257 046
Pejabat Sarawak:
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Lot 9936, (Sub Lot 5), Aras 3, Queen's Court,
93000 Kuching, Sarawak.
No. Telefon:+6082 459 075/ +6082 459 076
No. Faks:+6082 455 052