Sunday, November 22, 2009

roti kampung

roti kampung~ bla3~

Sunday, November 15, 2009

Pengenalan umum syarikat

Roti D' Mas didaftarkan pada tanggal 1 Feb 2004 di bawah nama Zakiah Alias Enterprise , NO PENDAFTARAN TR 0056147, alamat operasi adalah di alamatkan
d/a D 292 , Lorong Syeikh Abdul Kadir 2, Bandar Al Muktafi Billah Shah , Dungun Terengganu. Ia terletak 100 km dari bandar Kuantan dan 103 KM dari
bandar Kuala Terengganu . Bandar yang paling hampir adalah Dungun iaitu berjarak 60 km dan 20 km dari Pekan Paka .

Aktiviti utama Syarikat kami adalah membuat dan memasarkan pelbagai jenis roti dan Pastry,membuat pelbagai sejuk beku seperti karipap , pau , kuih bakar ,
membuat kek perkahwinan , muffin , kek pisang dan berbagai kek lapis . Kami juga mengadakan perkhidmatan mengadakan kelas bimbingan dan masakan termasuk pelajar praktikal dan menyediakan perkhidmatan catering dalam jumlah yang kurang dari 1000 orang .


Pengalaman / kepakaran


Kami mempunyai Kekuatan dan kepakaran pekerja- pekerja yang terlatih melebihi 5 tahun disamping petua dan Resipi turun temurun dari keluarga terdahulu .Disamping kami
juga membuat nutrisi kandungan kepada produk keluaran kami . sebagaimana di lampirkan.
Kami juga mempunyai Pengalaman yang mendalam dalam bidang ini lebih dari 15 tahun sebelum menceburi nya sepenuh masa sekarang .


Kejayaan dan testimonial

Syarikat kami sememangnya memastikan penggunaan bahan mentah yang semula jadi seperti gandum bermutu tinggi , air bertapis dan bahan mentah segar dari ladang. kami juga menjamin
produk sejuk beku kami segar sehingga setahun dalam frozen dan bebas dari bahan pengawit dan MSG disamping Jaminan kualiti dan rasa yang tidak berubah , kami juga dalam proses
mendapatkan Halal by JAKIM .